Sunday, 9 April 2017
Resepi Apam Tapai mudah dan sedap
Kalu di sabah ni... tapai boleh didapati di tamu tamu sabah.. ada harga dalam rm 0.50 ada yang seringgit 3 bungkus. Ikut kepada besar bungkusan dan cara bungkusan. Ada yang bungkus guna daun pisang ada yang guna daun keladi. Sekarang mari kita belajar apam tapai..
Apam Tapai
3 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 cawan air
Satu sudu teh garam
1 bungkus eno biru
Blender semua bahan di atas kecuali ENO. Peram selama 6 jam. Kukus selama 15 minit.
Saturday, 8 April 2017
ENERGIZING SOY PRODUK DAN KEHEBATANNYA
- Menjamin penyediaan 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.
- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
- Sesuai kepada pesakit kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik yang rendah.
- Satu hidangan ESP menyamai 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
- Rendah lemak dan tiada kolesterol
- Tiada asid uric
- Mudah diserap badan
Thursday, 6 April 2017
Gelatin Bovin
Wednesday, 5 April 2017
Saya Shaklee Distributor Sabah
KANDUNGANKU RAHMATMU
Tuesday, 4 April 2017
Semangat Dan KeyakinanKu
Thursday, 8 December 2016
Alfafa Complex SHAKLEE
Monday, 5 December 2016
HEBATNYA SHAKLEE
Siapakah DR FORREST C. SHAKLEE????? Nama pun dah tahu kan... semestinya pengasas Shaklee. Pada tahun 1915, DR FORREST C SHAKLEE telah mencipta "VITALIZED MINERALS" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan SHAKLEE CORPORATION yang merupakan Syarikat Jualan Langsung pertama di dunia (pertama yerrrrr). Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor Industri Nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.
Tatkala ramai orang mengamalkan penggunaan plastik dan bahan bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi dengan menggunakan bahan bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan Vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci bersifat Biodegradasi di dunia.
Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, SHAKLEE melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang SHAKLEE serta jutaan ringgit dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan SHAKLEE.
'LEBIH BANYAK ANDA BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN, LEBIH TINGGI NILAI SAHAM ANDA, LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN, SEBAGAIMANA ANDA MAHU MEREKA LAKUKAN KEPADA DIRI ANDA"
Sunday, 4 December 2016
HEBATNYA SUSTAINED RELEASE VITA C 500 MG
Setiap hidangan buah buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang kurang. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
MANFAAT VITAMIN C
- Membentuk KOLAGEN- Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mengurangkan pembentukan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
- Memperbaiki Simptom Pendarahan- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
- Peningkatan Sistem Imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema dan demam.
- Memerangi Kanser- Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T cells untuk melawan sel sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel sel kita.
- Mencantikkan Kulit- Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
- Memperbaiki Insomnia- Insomnia, stress atau keresahan.
- Mengekalkan Kolesterol Sihat- Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
BARLI SEJUKKAN BADAN
Jadi ramai yang minumair sejuk untuk menyejukkan badan tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.
Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan percernaan..
Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam daripada segi menghidratkan badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Oleh itu, disarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh anda sama ada di ambil dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.
Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam badan, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.
Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat, vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.
Monday, 19 May 2014
MANFAAT MUZIK
Ramai yang minat dengar muzik kan... Terdapat pelbagai jenis muzik... Ada yang slow ada yang rancak... Namun ketenangan selalu di capai dengan mendengar muzik sentimental... Sedarkah kita yang muzik sebenarnya merupakan salah satu terapi yang digunakan bagi mengurangkan kesakitan. Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa muzik boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang baik dari segi mental mahupun fizikal. Tidak kiralah genre muzik sekalipun, setiap darinya mempunyai kekuatan penyembuhan tersendiri.
1) KURANGKAN RASA SAKIT FIZIKAL
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa alunan muzik berupaya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan bersemangat ketika menahan kesakitan. Di katakan pengaruh muzik ini mampu mengurangkan rasa ngilu atau berdenyut yang sering dirasai oleh seseorang penyakit.
2) KURANGKAN NAFSU MAKAN
Berita baik kepada anda yang sedang berdiet. Sebaiknya ketika makan dengarkan muzik irama lembut kerana tarikan muzik itu sendiri membuatkan seseorang kurang fokus terhadap makanan yang sedang di ambil. Kesannya mereka akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana terpengaruh dengan alunan muzik. Sebaliknya jika mendengar muzik rancak dan menggembirakan maka jumlah makanan yang diambil pun akan bertambah. Disebabkan itulah kebanyakkan restoran mewah cenderung memainkan irama irama lembut dan menenangkan.
3) MENINGKAT FUNGSI PEMBULUH DARAH
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa irama yang mendamaikan mampu meningkatkan fungsi pembuluh darah yang menuju ke jantung. Keadaan ini secara tidak langsung melancarkan kerja kerja penyaluran darah sekaligus memberi impak sihat kepada tubuh yang semakin bertenaga.
4) TIDUR LEBIH NYENYAK
Adakah anda pernah berhadapan kesukaran melelapkan mata... Walau dipejam berkali kali tetapi rasa mengantuk masih belum dirasai. Inilah masalah imsomnia yang mana jika tidak ditangani segera boleh memudaratkan kesihatan. Sebenarnya terdapat beberapa cara yang lebih selamat dari menelan pil tidur iaitu mendengar muzik muzik yang lembut dan mendamaikan. Irama sebegini mampu membuatkan anda mengantuk sekaligus meningkatkan kualiti tidur.
5) BAIKI MOOD KURANGKAN TEKANAN
Sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak tentu arah atau tertekan, maka segeralah dengar muzik yang digemari. Ini merupakan terapi hati yang dikatakan berupaya menyuntik aura ketenangan sekaligus memperbaiki hati dan perasaan yang tadinya berada dalam keadaan berserabut. Sistem saraf yang tadinya kelam kabur mulai bertukar tenang seterusnya menghantar isyarat positif kepada otak menandakan tubuh berada dalam keadaan normal.
Wednesday, 14 May 2014
Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir
Setiap ibu pasti mengidam kan saat kelahiran... Sebenarnya penjagaan yang rapi perlu bagi bayi baru lahir. Di sini saya sertakan tips untuk bayi baru lahir.
Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.
2. Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.
3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.
4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.
6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.
7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.
9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.
10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.
11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya kembung atau muntah.
12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.
13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.
Monday, 12 May 2014
PENTINGKAH MANDI
Kepentingan Mandi...
Tidak semua orang mengambil berat tentang hal mandi. Kenapa dalam islam kita disarankan mandi setiap kali sebelum solat. Banyak sebenarnya manfaat mandi.
Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.
Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Bagitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini. Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh korang, malah memberi kesihatan yang lebih baik.
Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama dibahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.
Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan disebelah kanan kerana jantung terletak disebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari.
Saturday, 26 April 2014
KOMPLIKASI KELAHIRAN LEWAT
JANIN MENINGGAL
Janin yang melewati tempoh bersalin ini juga berhadapan proses kelahiran yang berisiko kerana umumnya janin yang melewati tarikh ini perlu segera dikeluarkan dari perut ibunya dan proses kelahiran secara pembedahan perlu dilaksanakan. Dengan kata lainnya, proses kelahiran janin berhadapan risiko. Begitu juga dengan risiko janin meninggal di dalam rahim mempunyai nisbah di antara 4:1000 bayi pada usia kehamilan 42 minggu. Keadaan ini berlaku disebabkan fungsi uri tidak lagi optimum dan cairan air ketuban mula berkurangan. Janin juga boleh berisiko meninggal sewaktu dilahirkan.
TERTELAN KEKOTORAN
Berkemungkinan janin di dalam kandungan menelan meconium atau kekotoran yang dihasilkan janin semasa di dalam rahim semasa proses kelahirannya adalah tinggi. Jika ia berlaku ia boleh menyebabkan komplikasi kepada saluran pernafasan janin sekali gus memberi kesan jangkitan kuman kepada bayi selepas dilahirkan. Janin yang tertelan cecair meconium akan mengalami gangguan pada fungsi paru parunya serta mengalami gejala kesukaran bernafas.
JANIN TRAUMA WAKTU LAHIR
Keadaan ini berkemungkinan boleh menyebabkan janin mengalami trauma sewaktu proses kelahiran. Janin yang melewati tempoh bersalin berisiko untuk mengalami kesukaran semasa proses kelahirannya sama ada secara normal mahupun pembedahan. Hal ini berlaku, kerana semasa di dalam kandungan, janin telah mengalami gangguan pada organ organ penting terutama paru paru sehingga menyebabkan janin sukar bernafas.
CACAT
Risko juga mulai meningkat kerana berkemungkinan janin mengalami gangguan kecacatan iaitu kelian fungsi otak besar dan otak kecil yang mengakibatkan arahan pergerakan anggota tubuh terganggu.
Kunjungi Blog Saya untuk Bacaan Di Masa Lapang
http://www. wswawa84.blogspot.com
Thursday, 24 April 2014
Jangkitan Salur Kencing
Jangkitan pada salur kencing!!!! Oh bahaya ni... Jom kita fahami tanda tanda sekiranya ada jangkitan pada salur kencing
** Kerap kencing
** Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
** Rasa hendak kencing walaupun tiada air kencing
** Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
** Kencing berdarah atau kencing berbau
** Demam sederhana
** Demam yang tinggi serta rasa sejuk dan menggigil
** Sakit di bahagian belakang pinggang
CARA KUMAN MEMASUKI PUNDI KENCING
** Pencemaran bakteria berlaku kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar
** Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin
。CARA CARA MENCEGAH......
* Bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda
* Keraplah minum air suam setiap hari
** Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali buang air...
** Tukar tuala wanita dengan kerap semasa datang haid
** Jangan guna seluar jenis nilon
** Jangan guna semburan pembersihan wanita Atau douche kerana produk boleh merengsakan uretra.
** Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air
Wednesday, 23 April 2014
JAUHI KEPUTIHAN!!!
Penyebab keputihan adalah disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai candida pada vagina. Keputihan ini boleh menyebabkan daerah kewanitaan berbau, mengeluarkan cairan berwarna putih kekuningan, gatal gatal dan pedih dan boleh membengkak apabila semakin teruk..
Sebenarnya kulat atau bakteria ini memang ada pada setiap wanita, namun ia terdapat dalam jumlah yang kecil sahaja terutama di daerah vagina, saluran percernaan dan kulit. Bagi wanita yang sihat serta mempunyai sistem imunisasi yang kuat, bakteria ini tidak mampu menyebabkan jangkitan. Namun jika sistem kekebalan tubuh lemak, ia lebih mudah untuk membiak dan berkembang sehingga menimbulkan penyakit.
Penyakit lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah diabetes, kehamilan, stress, penggunaan seluar dalam yang ketat sehingga menyebabkan kawasan sekitar bahagian intim lembap, serta bahan bahan kimia yang terdapat pada sabun atau detergen. Pun begitu anda tidak perlu bimbang kerana terdapat cara yang baik untuk mengatasi masalah keputihan yan sederhana
** Hindari daripada menggunakan cecair vagina. Cairan ini sebenarnya mengubah kadar keasidan semula jadi di kawasan vagina sehingga meningkatkan risiko jangkitan serta menimbulkan peradangan
** Hindari dari menggunakan pakaian atau seluar dalam yang ketat. Ini kerana ia boleh menghalang aliran udara. Sebaiknya gunakan pakaian yang dihasilkan dari kain kapas
** Bersihkan daerah vagina dari satu arah saja depan ke belakang. Elak kuman dubur masuk kawasan vagina
** Biasakan diri untuk mengeringkan bahagian luar vagina menggunakan tisu atau tuala bersih setiap kali selepas buang air kecil atau besar
** Elakkan daripada menggunakan pantyliner beraroma terus menerus seharian kerana ia boleh menyebabkan iritasi.
** Kurangkan minum dan makan makanan manis kerana ia boleh menggalakkan perkembangan kulat
** Makan bawang putih kerana bawang ia diyakini mengandungi zat anti kulat semulajadi
** Ambil susu atau yogurt kerana makanan ini mengandungi bakteria acidophilus yang membantu mengekalkan bakteria tetap seimbang..
Tuesday, 22 April 2014
CARA KAWAL KESELAMATAN ANAK DI TEMPAT AWAM
Sekarang kita risau terutama ibu bapa dengan kes penculikan terutama di tempat awam seperti kawasan membeli belah, taman permainan dan sebagainya... Sebab itu langkah keselamatan mungkin perlu dipraktikkan untuk mengelak kita menyesal tak berkesudahan...
Pendidikan Keselamatan Diri
Ibu bapa perlu menekankan aspek keselamatan diri bermula dari rumah lagi selain mengharapkan pihak sekolah. Jika dari awal anak diberikan pendidikan keselamatan diri sejak awal maka si kecil dapat mengetahui apakah perkara yang mereka harus lakukan jika berlaku sesuatu kepada mereka.
Katakan Tidak Kepada Orang Yang Tidak Di kenali
Segelintir ibu bapa kadangkala tidak terlepas dari sikap cuai ketika berada di tempat awam, apatah lagi kawasan ramai orang. Mengawasi anak anak yang meningkat umur sememangnya amat sukar, malahan kanak kanak sukar diramal. Oleh itu ajari anak anak agar berkata tidak kepada orang yang tidak dikenalinya. Jangan sesekali menerima pelawaan individu yang asing bagi mereka.
Guna Pakaian Yang Terang
Sebelum keluar rumah, ibu bapa harus memastikan tujuan sebenar mereka. Sekiranya mahu ke tempat awam, pakaikan anak anda dengan pakaian berona terang agar anda dapat mengawasinya dengan baik. Pastikan anak anak berada di bawah pemerhatian anda dan tidak lari daripada pandangan.
Laporkan Kepada Orang Bertanggungjawab
Setiap kalu keluar rumah, ingatkan anak anak agar mereka mendapatkan pengawal keselamatan atau pihak polis sekiranya terpisah dengan anda atau tersesat. Jangan sesekali menakutkan anak anak dengan anggota polis, sebaliknya galak mereka meminta bantuan dengan anggota keselamatan terbabit. Pastikan anak tidak mempercayai orang yang tidak dikenali...
Membawa Kad Nama
Tidak semua kanak kanak mampu mengingati nombor telefon ibu, bapa. Oleh itu setiap kali keluar bekalkan kad nama anda lengkap bersama sama si comel. Jika berlaku sesuatu, pihak bertanggungjawab dapat menghubungi anda.
Memakai Gelang Khas
Dalam kesibukan membeli belah pasti membuat ayah dan ibu terlepas pandang tingkah lakunya... Digalakkan memasang abah abah atau gelang khas berserta nombor telefon anda agar pihak berkuasa dapat menghubungi.
Ramadhan Buat Kanak Kanak
Ramadhan tak lama lagi akan menjelma semula... Ramadhan lebih meriah dengan kehadiran kanak kanak dalam riuh berbuka puasa... Namun sejauh mana kita sebagai ibu dan bapa prihatin terhadap kecenderungan kanak kanak untuk puasa terutama kesukaran bangun ketika sahur... Berikut antara tips berguna untuk ajak anak bangun sahur
DEDAHKAN AKTIVITI SAHUR SEJAK AWAL
** Kanak kanak seharusnya didedahkan dengan persekitaran bangun sahur sama ada menerusi perbualan harian, mahu pun bahan bacaan atau tontonan rancangan televisyen yang memaparkan keseronokan bangun sahur.
SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN MEREKA
** Selain daripada golongan dewasa yang mempunyai makanan kegemaran, kanak kanak pun begitu. Oleh itu hidangkan makanan kesukaannya setiap kali bangun sahur. Paling menggembirakan hati mereka apabila anda cuba berbincang dengan mereka apakah menu untuk keesokan harinya sebelum masuk tidur.
GUNAKAN PERKATAAN YANG LEMBUT
** Sesungguhnya anak anak gemar dipujuk. Oleh itu setiap kali kejutkan mereka untuk bangun bersahur, anda harus menggunakan perkataan dan panggilan nama yang sesuai. Sebagai contoh " Bangunlah si manja mama, anak ibu rajin dan hebat sangat sebab rajin bersahur"
MAINKAN LAGU MOTIVASI
** Seperti yang diketahui, lagu mampu memberi kekuatan luar biasa jika kena caranya. Oleh itu apa kata anda memainkan muzik atau lagu dengan nada kekuatan yang bersesuaian ketika mengejutkan mereka terutama lagu yang mereka suka.
HIAS INDAH KAMAR SI COMEL
** Di samping itu antara usaha usaha lain yang dapat ibu dan bapa lakukan dalam menggalakkan kanak kanak mudah bangun sahur, ibu bapa boleh menghias kamar tidur anak dengan kelainan susun atur kerana ia boleh memberi suasana dan motivasi baru buat mereka terutama untuk bersahur.
Panduan mengejutkan anak bangun sahur
* Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan lahan
* Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil namanya
* Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
* Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
* Tutup kipas atau penghawa dingin.
Monday, 21 April 2014
APAKAH ITU SEMBELIT????
Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan membuang air besar, menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (simptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa atau kentut).
** Biasanya perempuan, anak kecil, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap mengalami sembelit
** Bagi kanak kanak ia adalah masalah biasa tapi hanya sementara
TANDA TANDA GEJALA SEMBELIT
** Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
** Kejang perut
** Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah merahan. Ada kesan kotoran najis pada seluar kanak kanak.
Adalah penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang dihadapi. Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.
CARA MENCEGAH SEMBELIT
** Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi
** Senaman secara tetap dan berkala
** Melatih tabiat membuang air besar setiap hari
** Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah buahan, sayuran hijau dan bijirin) dan cecair di dalam pemakanan harian kanak kanak
** Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah cukup penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi. Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat doktor.
Sunday, 20 April 2014
BAHAGIAN INTIM MAHKOTA WANITA
Meskipun sentiasa terlindung pada pandangan namun penjagaan bahan intim wanita sangat perlu dilakukan. Ia bagi mengelakkan diri terkena jangkitan penyakit yang sering menyerang bahagian ini. Ia juga mudah menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa, iritasi dan jangkitan kuman memandangkan bahagian alat kelamin ini cenderung lembap. Tip sihat merawat dan memelihara bahagian intim agat kekal bersih dan sihat
1) Cegah Keadaan Lembap
Bersihkan vagina sebersih bersihnya setiap kali selesai membuang air kecil mahupun besar dari arah depan ke belakang. Elakkan membersihkan dari belakang ke depan kerana vagina berisiko untuk terkena jangkitan bakteria. Selesai membersihkan vagina, keringkan dengan tisu atau tuala sehingga betul betul kering.
2) Ganti Seluar Dalam Minimum Dua Kali Sehari
Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada bahan yang mudah menyerap peluh. Elakkan mengenakan seluar dalam yang terlalu ketat kerana ia akan menekan otot vagina dan menjadikan ia lembap di kawasan sekitarnya. Hindari juga menggunakan seluar jeans yang terlalu ketat di kawasan kelangkang.
3) Berhati hati Menggunakan Tandas Awam
Sebaiknya hindari menggunakan air dari takungan baldi atau kolam. Ini kerana melalui penyelidikan diketahui terdapat sejenis bakteria Candida Albicans yang menjadi penyebab keputihan dan rasa gatal di vagina terutama di tandas awam. Lebih baik menggunakan terus air yang keluar dari paip.
4) Ketika Menggantikan Panty Liner atau Tuala Wanita
Bersihkan vagina di bahagian luar dengan air bersih dan sabun terlebih dahulu sebelum menggantikan tuala wanita atau pun panty liner.
5) Gunakan Pembersih Wanita Yang Khusus
Elakkan dari menggunakan pembersih wanita secara rutin terutama apabila ia mengandungi bahan kimia. Ini kerana penggunaan kerap pembersih wanita akan mengganggu keseimbangan serta membunuh bakteria baik di dalam vagina. Ini seterusnya akan menyebabkan tumbuhnya kulat yang boleh mengakibatkan rasa gatal dan iritasi di bahagian tersebut.
6) Rebusan Daun Sirih
Kandungan zat antiseptik di dalamnya membuat air rebusan daun sirih menjadi pilihan tepat bagi membersihkan vagina (luar dan dalam) serta menjaganya agar kekal bersih...

















