Monday 19 May 2014

MANFAAT MUZIK

Ramai yang minat dengar muzik kan... Terdapat pelbagai jenis muzik... Ada yang slow ada yang rancak... Namun ketenangan selalu di capai dengan mendengar muzik sentimental... Sedarkah kita yang muzik sebenarnya merupakan salah satu terapi yang digunakan bagi mengurangkan kesakitan. Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa muzik boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang baik dari segi mental mahupun fizikal. Tidak kiralah genre muzik sekalipun, setiap darinya mempunyai kekuatan penyembuhan tersendiri.

1) KURANGKAN RASA SAKIT FIZIKAL
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa alunan muzik berupaya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan bersemangat ketika menahan kesakitan. Di katakan pengaruh muzik ini mampu mengurangkan rasa ngilu atau berdenyut yang sering dirasai oleh seseorang penyakit.

2) KURANGKAN NAFSU MAKAN
Berita baik kepada anda yang sedang berdiet. Sebaiknya ketika makan dengarkan muzik irama lembut kerana tarikan muzik itu sendiri membuatkan seseorang kurang fokus terhadap makanan yang sedang di ambil. Kesannya mereka akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana terpengaruh dengan alunan muzik. Sebaliknya jika mendengar muzik rancak dan menggembirakan maka jumlah makanan yang diambil pun akan bertambah. Disebabkan itulah kebanyakkan restoran mewah cenderung memainkan irama irama lembut dan menenangkan.

3) MENINGKAT FUNGSI PEMBULUH DARAH
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa irama yang mendamaikan mampu meningkatkan fungsi pembuluh darah yang menuju ke jantung. Keadaan ini secara tidak langsung melancarkan kerja kerja penyaluran darah sekaligus memberi impak sihat kepada tubuh yang semakin bertenaga.

4) TIDUR LEBIH NYENYAK
Adakah anda pernah berhadapan kesukaran melelapkan mata... Walau dipejam berkali kali tetapi rasa mengantuk masih belum dirasai. Inilah masalah imsomnia yang mana jika tidak ditangani segera boleh memudaratkan kesihatan. Sebenarnya terdapat beberapa cara yang lebih selamat dari menelan pil tidur iaitu mendengar muzik muzik yang lembut dan mendamaikan. Irama sebegini mampu membuatkan anda mengantuk sekaligus meningkatkan kualiti tidur.

5) BAIKI MOOD KURANGKAN TEKANAN
Sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak tentu arah atau tertekan, maka segeralah dengar muzik yang digemari. Ini merupakan terapi hati yang dikatakan berupaya menyuntik aura ketenangan sekaligus memperbaiki hati dan perasaan yang tadinya berada dalam keadaan berserabut. Sistem saraf yang tadinya kelam kabur mulai bertukar tenang seterusnya menghantar isyarat positif kepada otak menandakan tubuh berada dalam keadaan normal.

No comments:

Post a Comment