Monday 19 May 2014

MANFAAT MUZIK

Ramai yang minat dengar muzik kan... Terdapat pelbagai jenis muzik... Ada yang slow ada yang rancak... Namun ketenangan selalu di capai dengan mendengar muzik sentimental... Sedarkah kita yang muzik sebenarnya merupakan salah satu terapi yang digunakan bagi mengurangkan kesakitan. Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa muzik boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang baik dari segi mental mahupun fizikal. Tidak kiralah genre muzik sekalipun, setiap darinya mempunyai kekuatan penyembuhan tersendiri.

1) KURANGKAN RASA SAKIT FIZIKAL
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa alunan muzik berupaya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan bersemangat ketika menahan kesakitan. Di katakan pengaruh muzik ini mampu mengurangkan rasa ngilu atau berdenyut yang sering dirasai oleh seseorang penyakit.

2) KURANGKAN NAFSU MAKAN
Berita baik kepada anda yang sedang berdiet. Sebaiknya ketika makan dengarkan muzik irama lembut kerana tarikan muzik itu sendiri membuatkan seseorang kurang fokus terhadap makanan yang sedang di ambil. Kesannya mereka akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana terpengaruh dengan alunan muzik. Sebaliknya jika mendengar muzik rancak dan menggembirakan maka jumlah makanan yang diambil pun akan bertambah. Disebabkan itulah kebanyakkan restoran mewah cenderung memainkan irama irama lembut dan menenangkan.

3) MENINGKAT FUNGSI PEMBULUH DARAH
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa irama yang mendamaikan mampu meningkatkan fungsi pembuluh darah yang menuju ke jantung. Keadaan ini secara tidak langsung melancarkan kerja kerja penyaluran darah sekaligus memberi impak sihat kepada tubuh yang semakin bertenaga.

4) TIDUR LEBIH NYENYAK
Adakah anda pernah berhadapan kesukaran melelapkan mata... Walau dipejam berkali kali tetapi rasa mengantuk masih belum dirasai. Inilah masalah imsomnia yang mana jika tidak ditangani segera boleh memudaratkan kesihatan. Sebenarnya terdapat beberapa cara yang lebih selamat dari menelan pil tidur iaitu mendengar muzik muzik yang lembut dan mendamaikan. Irama sebegini mampu membuatkan anda mengantuk sekaligus meningkatkan kualiti tidur.

5) BAIKI MOOD KURANGKAN TEKANAN
Sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak tentu arah atau tertekan, maka segeralah dengar muzik yang digemari. Ini merupakan terapi hati yang dikatakan berupaya menyuntik aura ketenangan sekaligus memperbaiki hati dan perasaan yang tadinya berada dalam keadaan berserabut. Sistem saraf yang tadinya kelam kabur mulai bertukar tenang seterusnya menghantar isyarat positif kepada otak menandakan tubuh berada dalam keadaan normal.

Wednesday 14 May 2014

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Setiap ibu pasti mengidam kan saat kelahiran... Sebenarnya penjagaan yang rapi perlu bagi bayi baru lahir. Di sini saya sertakan tips untuk bayi baru lahir.

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:

1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.

Monday 12 May 2014

PENTINGKAH MANDI

Kepentingan Mandi...

Tidak semua orang mengambil berat tentang hal mandi. Kenapa dalam islam kita disarankan mandi setiap kali sebelum solat.  Banyak sebenarnya manfaat mandi.

Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.

Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Bagitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini. Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh korang, malah memberi kesihatan yang lebih baik.

Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama dibahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.

Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan disebelah kanan kerana jantung terletak disebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari.