Sunday 9 April 2017

Resepi Apam Tapai mudah dan sedap

Pernah makan apam tapai ka??? Sedapkan.. terutama jika tapainya di buat dengan lebih baik dan masa ditapai lebih lama. Lagi banyak air yang dihasilkan dalam tapai ini bererti lagi baik penghasilan tapai dan lebih manis rasanya. Baunya saja sudah mampu menaikkan selera dan rasa nak makan. Tapi tak semua mampu nak makan tapai ada yang makan tapai boleh rasa pening disebabkan asid yang dihasilkan dan boleh menyebabkan mabuk mabuk manja macam tu.

Kalu di sabah ni... tapai boleh didapati di tamu tamu sabah.. ada harga dalam rm 0.50 ada yang seringgit 3 bungkus. Ikut kepada besar bungkusan dan cara bungkusan. Ada yang bungkus guna daun pisang ada yang guna daun keladi.  Sekarang mari kita belajar apam tapai..

Apam Tapai
3 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 cawan air
Satu sudu teh garam
1 bungkus eno biru

Blender semua bahan di atas kecuali ENO. Peram selama 6 jam. Kukus selama 15 minit.




Saturday 8 April 2017

ENERGIZING SOY PRODUK DAN KEHEBATANNYA

Kenapakah sekarang banyak Produk Soya yang berada di pasaran dunia. Ini adalah kerana soya adalah makanan tambahan Protein yang digunakan sebagai pengganti makanan yang tidak sihat. Tetapi pilihan soya adalah perlu diteliti kerana terdapat soya yang telah diubahsuai genetiknya yang dapat mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Kenapa Protein Soya Shaklee jadi pilihan saya??? 

Sejarah membuktikan Shaklee merupakan Syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan Protein berasaskan kacang soya. Dr Shaklee telah membuktikan bahawa penjagaan kesihatan yang unggul adalah dengan kacang soya. Energizing Soy Protein memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Pilihan kacang soya adalah Non Genetically Modified Organism yang diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap balang ESP mengandungi berat 850 gram yang diperbuat daripada 30 kg kacang soya dan mampu memberikan tenaga yang berpanjangan dan segera serta tahan lama. 

Kenapa anda semua perlu mencuba ESP Shaklee
  • Menjamin penyediaan 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Sesuai kepada pesakit kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik yang rendah.
  • Satu hidangan ESP menyamai 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
  • Rendah lemak dan tiada kolesterol
  • Tiada asid uric
  • Mudah diserap badan

Istimewanya Shaklee ESP ini juga ia dapat membantu menjadikan kita awet muda kerana Asid Amino dapat membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Jadi bayangkan bagaimana selain kesihatan luar ia juga dapat menjadikan kulit kita gebu dan cantik.Mengurangkan kedutan dan agen penuaan. Sayangi diri kita kerana itu tanda kita bersyukur. 

Nak tahu kehebatan ESP, kita kena minum sendiri dan alami pengalaman sendiri dan kongsikan kepada orang terdekat betapa hebatnya Produk ini. Direct kepada saya sebagai Shaklee Distributor Sabah di talian www.wasap.my/601126690452

Jadi hebat dengan ESP Shaklee kerana diri kita begitu berharga. Tidak kira apa jantina anda semua mesti mencuba Soya Ajaib ini.


SURITAH SATARI
971670
SHAKLEE DISTRIBUTOR SABAH
PUTATAN

Thursday 6 April 2017

Gelatin Bovin

Pernahkah anda kenal apa itu gelatin?? Gelatin selalunya terkandung dalam makanan dan minuman. Tahukah anda wujudnya Gelatin yang halal iaitu GELATIN BOVIN. Mungkin sesetengah orang akan menyangka semua gelatin adalah haram kerana ia diambil daripada sumber haiwan yang tidak halal seperti babi.

Mari kita mengenali apa itu Gelatin Bovin. Dari manakah sumber ini diperolehi? Bagaimanakah ia boleh dikatakan dari sumber yang halal. Gelatin Bovin adalah sumber yang diperolehi daripada lembu kambing atau kerbau. Gelatin yang tidak halal pula didapati daripada sumber babi iaitu gelatin Porcine. 

Jadi sebelum membeli makanan atau minuman yang diperbuat daripada Gelatin pastikan ia diperbuat daripada Gelatin Bovine bukannya Gelatin Porcine kerana kebanyakan pembuat makanan akan menggunakan gelatin Porcine kerana kosnya yang murah dan mudah didapati.

Betulkah dalam ESP Shaklee ada gelatin?? Tunggu entry saya seterusnya.

Saya Shaklee Distributor Sabah
Putatan dan Kota Kinabalu

www.wasap.my/01126690452

Wednesday 5 April 2017

Saya Shaklee Distributor Sabah

Tidak pernah terfikir ada bisnes sehebat Shaklee. Sentiasa set dalam mind yang perniagaan MLM ni semua perniagaan menindas. Di mana orang atas menindas orang bawah dengan mengaut untung semata mata sahaja. Sesetengah MLM akan memaksa kita untuk cari orang di bawah dan orang di bawah cari lagi orang di bawah dan yang untung orang atas. Penindasan telah berlaku dan yang penat orang bawah.

Tapi tidak dengan Shaklee. Bila kita beri orang kesihatan sekaligus dia juga boleh daftar ahli dan mampu mendapat income untuk diri sendiri. Dan tidak wujud orang atasan ambil untung atas orang bawah kerana orang atas juga kena kerja lebih. 

Mereka yang menerajui Shaklee sebagai master kebanyakkannya adalah golongan yang dulunya bekerja hebat seperti doktor, jurutera, cikgu, peguam... tetapi kenapa sanggup resign. Ini kerana Shaklee mampu memberi pendapatan yang lebih di samping kesihatan yang terjaga. Kualiti masa yang kita perlukan untuk anak anak dan keluarga.

Menjadi member Shaklee dari 2012.. saya mampu mendapat income 3 hingga 4 angka.. alhamdulillah syukur diperkenalkan dengan Shaklee.

Saya adalah distributor Shaklee yang sah untuk seluruh malaysia terutama di Sabah.

Kelebihan jadi member Shaklee

😍 Serendah rm 68.90 menjadi ahli
😍 Tidak memerlukan modal
😍 Ada cash bonus setiap tengah bulan
😍 Member member dan upline yang hebat
😍 Free percutian ke destinasi terpilih
😍 Supplement yang selamat dan semulajadi

Jadi apa fikir lagi. Mari jadi team kami

SURITAH SATARI
971670
SHAKLEE SABAH PUTATAN
www.wasap.my/601126690452

KANDUNGANKU RAHMATMU

Pengalaman pertama menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang usia bagi seorang wanita. Dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nurfatihah Syuhada melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri.

Lahir dalam keadaan Pra Matang iaitu tidak cukup bulan menjadikan saya antara ibu ibu yang mendapat perhatian Doktor dan juga pelatih pelatih kejururawatan dan kebidanan. Pada malam sebelum Check Up saya merasakan ada air mengalir pada kemaluan tapi tiada kontraksi yang saya rasakan sepanjang malam.

Pada hari esok bertemu doktor, doktor mengatakan yang saya perlu diberanakkan secara paksa iaitu dengan memasukkan ubat kerana air ketuban sudah kurang tapi tidak pecah dan juga saya menghidap Darah Tinggi dalam kehamilan (saya lambat ditemukan dengan Shaklee). Ya Allah terkejut rasanya sebab belum bersedia apa apa. Tapi memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan saya bersetuju.

Pengalaman melahirkan adalah terlalu manis bagi saya. Ada tangisan kegembiraan, ketakutan dan juga kesakitan di dalam wad bersalin. Tapi semua dengan kuasa Tuhan saya berjaya melahirkan bayi berusia 8 bulan dengan berat 2.01 kg. Alhamdulillah bayi sempurna.

Saya hanya berjumpa bayi sebentar sahaja. Bayi di masukkan ke dalam NICU kerana kurang oksigen. Saya berkampung di hospital selama seminggu kerana bayi tidak mahu menyusu. Mungkin kerana masih menyangka berada di dalam rahim. Jadi bayi kurang aktif.


Sesungguhnya Allah sahaja tahu bagaimana rasa melahirkan dan terlalu indah kenangan itu. Apa yang ku gendong dalam rahimku adalah atas rahmatMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.



Tuesday 4 April 2017

Semangat Dan KeyakinanKu

Berblog memang impian saya dari dulu lagi. Kecenderungan saya adalah lebih kepada penulisan dan memasang impian menjadi seorang blogger berjaya.

Dalam usia saya yang telah menginjak usia 30an ini (saya dah tua) menjadikan impian berblog semakin tinggi dan menggunung. Namun kesihatan sekarang mudah terganggu. Jangkauan usia begini menjadikan saya lebih cepat penat dan mudah berasa mengantuk. Tetapi saya rasa saya masih belum cukup untuk berasa seperti itu, kerana lebih ramai seusia saya tapi mampu lebih cergas dan cerdas.

Syukur alhamdulillah diperkenalkan dengan Shaklee, seawal pagi saya akan mengambil Alfafa sebagai melindungi diri daripada toksin yang banyak dalam badan. Saya dapat rasa kecerdasan bekerja di pagi hari membawa ke sebelah petang. Saya kurang mengantuk dan sentiasa rasa semangat. Keyakinanku juga bertambah dan sentiasa yakin dengan Shaklee mampu membuat semua orang berasa muda dari usia sebenar. Muda sebelum usia sangat mengujakan daripada tua sebelum usia.

Dengan pengambilan Vitamin C yang konsisten dan Omega Guard di malam hari membuatkan saya lebih memanjakan diri untuk tampil lebih muda daripada usia sebenar pendek katanya awet muda. Namun patut kita ingat pengambilan makanan juga patut seimbang dan keperluan air putih dalam badan adalah sangat penting.

CARA PENGIRAAN WATER INTAKE

20 KG BERAT BADAN = 1 LITER AIR
SAYA 55 KG                   = 2 LITER 500 ML AIR DIPERLUKAN OLEH SAYA DALAM SEHARI.

Untuk pengambilan supplement, perlu diambil kira bahan bahan yang digunakan sama ada organik atau tidak organik. Dan semestinya saya memilih Shaklee yang telah diuji selamat dan menggunakan bahan bahan semulajadi sahaja. Maka pilihan di hati anda, ingin semangat dan berkeyakinan seperti saya.. Pilih Shaklee sebagai SUPPLEMENT TAMBAHAN.