Tuesday 22 April 2014

CARA KAWAL KESELAMATAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Sekarang kita risau terutama ibu bapa dengan kes penculikan terutama di tempat awam seperti kawasan membeli belah, taman permainan dan sebagainya... Sebab itu langkah keselamatan mungkin perlu dipraktikkan untuk mengelak kita menyesal tak berkesudahan...

Pendidikan Keselamatan Diri
Ibu bapa perlu menekankan aspek keselamatan diri bermula dari rumah lagi selain mengharapkan pihak sekolah. Jika dari awal anak diberikan pendidikan keselamatan diri sejak awal maka si kecil dapat mengetahui apakah perkara yang mereka harus lakukan jika berlaku sesuatu kepada mereka.

Katakan Tidak Kepada Orang Yang Tidak Di kenali
Segelintir ibu bapa kadangkala tidak terlepas dari sikap cuai ketika berada di tempat awam, apatah lagi kawasan ramai orang. Mengawasi anak anak yang meningkat umur sememangnya amat sukar, malahan kanak kanak sukar diramal. Oleh itu ajari anak anak agar berkata tidak kepada orang yang tidak dikenalinya. Jangan sesekali menerima pelawaan individu yang asing bagi mereka.

Guna Pakaian Yang Terang
Sebelum keluar rumah, ibu bapa harus memastikan tujuan sebenar mereka. Sekiranya mahu ke tempat awam, pakaikan anak anda dengan pakaian berona terang agar anda dapat mengawasinya dengan baik. Pastikan anak anak berada di bawah pemerhatian anda dan tidak lari daripada pandangan.

Laporkan Kepada Orang Bertanggungjawab
Setiap kalu keluar rumah, ingatkan anak anak agar mereka mendapatkan pengawal keselamatan atau pihak polis sekiranya terpisah dengan anda atau tersesat. Jangan sesekali menakutkan anak anak dengan anggota polis, sebaliknya galak mereka meminta bantuan dengan anggota keselamatan terbabit. Pastikan anak tidak mempercayai orang yang tidak dikenali...

Membawa Kad Nama
Tidak semua kanak kanak mampu mengingati nombor telefon ibu, bapa. Oleh itu setiap kali keluar bekalkan kad nama anda lengkap bersama sama si comel. Jika berlaku sesuatu, pihak bertanggungjawab dapat menghubungi anda.

Memakai Gelang Khas
Dalam kesibukan membeli belah pasti membuat ayah dan ibu terlepas pandang tingkah lakunya... Digalakkan memasang abah abah atau gelang khas berserta nombor telefon anda agar pihak berkuasa dapat menghubungi.

No comments:

Post a Comment