Tuesday 22 April 2014

Ramadhan Buat Kanak Kanak

Ramadhan tak lama lagi akan menjelma semula... Ramadhan lebih meriah dengan kehadiran kanak kanak dalam riuh berbuka puasa... Namun sejauh mana kita sebagai ibu dan bapa prihatin terhadap kecenderungan kanak kanak untuk puasa terutama kesukaran bangun ketika sahur... Berikut antara tips berguna untuk ajak anak bangun sahur

DEDAHKAN AKTIVITI SAHUR SEJAK AWAL
** Kanak kanak seharusnya didedahkan dengan persekitaran bangun sahur sama ada menerusi perbualan harian, mahu pun bahan bacaan atau tontonan rancangan televisyen yang memaparkan keseronokan bangun sahur.

SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN MEREKA
** Selain daripada golongan dewasa yang mempunyai makanan kegemaran, kanak kanak pun begitu. Oleh itu hidangkan makanan kesukaannya setiap kali bangun sahur. Paling menggembirakan hati mereka apabila anda cuba berbincang dengan mereka apakah menu untuk keesokan harinya sebelum masuk tidur.

GUNAKAN PERKATAAN YANG LEMBUT
** Sesungguhnya anak anak gemar dipujuk. Oleh itu setiap kali kejutkan mereka untuk bangun bersahur, anda harus menggunakan perkataan dan panggilan nama yang sesuai. Sebagai contoh " Bangunlah si manja mama, anak ibu rajin dan hebat sangat sebab rajin bersahur"

MAINKAN LAGU MOTIVASI
**  Seperti yang diketahui, lagu mampu memberi kekuatan luar biasa jika kena caranya. Oleh itu apa kata anda memainkan muzik atau lagu dengan nada kekuatan yang bersesuaian ketika mengejutkan mereka terutama lagu yang mereka suka.

HIAS INDAH KAMAR SI COMEL
** Di samping itu antara usaha usaha lain yang dapat ibu dan bapa lakukan dalam menggalakkan kanak kanak mudah bangun sahur, ibu bapa boleh menghias kamar tidur anak dengan kelainan susun atur kerana ia boleh memberi suasana dan motivasi baru buat mereka terutama untuk bersahur.

Panduan mengejutkan anak bangun sahur
* Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan lahan
* Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil namanya
* Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
* Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
* Tutup kipas atau penghawa dingin.

No comments:

Post a Comment