Saturday 26 April 2014

KOMPLIKASI KELAHIRAN LEWAT

Tempoh kehamilan bagi wanita hamil adalah selama 40 minggu sekiranya usia kandungan melebihi 42 minggu bermakna tarikh kelahiran kandungan itu telah terlewat. Semakin lama janin berada di dalam rahim, semakin ia berisiko  tinggi untuk mengalami komplikasi. Keadaan ini boleh menyebabkan fungsi uri sebagai pembekal makanan janin di dalam rahim semakin berkurangan. Hal ini kerana bekalan oksigen dan nutrisi turut berkurangan secara perlahan lahan. Risiko sebegnini memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran janin dalam kandungan. Memasuki tempoh kelahiran, bayi akan mengalami masalah gizi sehingga ia perlu melalui pemantauan berkala. Keadaan ini juga disebabkan jumlah air ketuban yang seamakin berkurangan sehingga mengganggu keadaan janin dalam kandungan. Apabila keadaan ini berlaku, janin perlu segera dikeluarkan dari kandungan.

JANIN MENINGGAL
Janin yang melewati tempoh bersalin ini juga berhadapan proses kelahiran yang berisiko kerana umumnya janin yang melewati tarikh ini perlu segera dikeluarkan dari perut ibunya dan proses kelahiran secara pembedahan perlu dilaksanakan. Dengan kata lainnya, proses kelahiran janin berhadapan risiko. Begitu juga dengan risiko janin meninggal di dalam rahim mempunyai nisbah di antara 4:1000 bayi pada usia kehamilan 42 minggu. Keadaan ini berlaku disebabkan fungsi uri tidak lagi optimum dan cairan air ketuban mula berkurangan. Janin juga boleh berisiko meninggal sewaktu dilahirkan.

TERTELAN KEKOTORAN
Berkemungkinan janin di dalam kandungan menelan meconium atau kekotoran yang dihasilkan janin semasa di dalam rahim semasa proses kelahirannya adalah tinggi. Jika ia berlaku ia boleh menyebabkan komplikasi kepada saluran pernafasan janin sekali gus memberi kesan jangkitan kuman kepada bayi selepas dilahirkan. Janin yang tertelan cecair meconium akan mengalami gangguan pada fungsi paru parunya serta mengalami gejala kesukaran bernafas.

JANIN TRAUMA WAKTU LAHIR
Keadaan ini berkemungkinan boleh menyebabkan janin mengalami trauma sewaktu proses kelahiran. Janin yang melewati tempoh bersalin berisiko untuk mengalami kesukaran semasa proses kelahirannya sama ada secara normal mahupun pembedahan. Hal ini berlaku, kerana semasa di dalam kandungan, janin telah mengalami gangguan pada organ organ penting terutama paru paru sehingga menyebabkan janin sukar bernafas.

CACAT
Risko juga mulai meningkat kerana berkemungkinan janin mengalami gangguan kecacatan iaitu kelian fungsi otak besar dan otak kecil yang mengakibatkan arahan pergerakan anggota tubuh terganggu.




Kunjungi Blog Saya untuk Bacaan Di Masa Lapang
http://www. wswawa84.blogspot.com













No comments:

Post a Comment