ISLAM AGAMAKU

Rukun Islam & Iman

Rukun Islam
1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
** Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan NAbi Muhammad itu pesuruhnya. Pengertian syahadah ialah kita mengabdikan diri dan hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasulnya.
2. MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
** Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga menyembah Tuhan yang ESA dimulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W
3. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
** Dengan berpuasa  kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata mata kerana Allah demi untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH
4. MENGELUARKAN ZAKAT
** Dengan mengeluarkan  zakat kita telah menyerahkan sebahagian sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya
5. MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH
** Dengan menunaikan haji kita telah melengkapkan diri kita sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempuh dengan rela hati dan sabar semuanya semata mata kerana ALLAH


Rukun Iman
1. BERIMAN KEPADA ALLAH
** Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata mata kerana ALLAH. Secara positif kita menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafikan segala bentuk pemujaan kepada selain dari ALLAH.
2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT
** Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama MALAIKAT yang melaksanakan tugasnya menurut perintah ALLAH. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan ALLAH
3. BERIMAN KEPADA KITAB
** Dengan beriman kepada kitab suci kita mempercayai adanya kitab yang ALLAH turunkan kepada umat manusia melalui utusanNYA bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini diakhiri dengan Al Quran
4. BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
** Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh ALLAH untuk memberi petunjuk yang diakhiri dengan NABI MUHAMMAD SAW
5. BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
** Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia masih ada lagi kehidupan lain yang kekal abadi buat selama lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.
6. BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
** Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya ALLAH yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaanNYA>


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKSUD BERSUCI
Bersuci adalah suatu pekerjaan yang dilakukan untuk menghilangkan hadas dan najis yang ada pada badan, pakaian dan tempat tinggal. Ianya mesti dibersihkan agar membolehkan kita mengerjakan ibadah. Dalam Islam kebersihan adalah sesuatu yang wajib yang mesti ditunaikan. Sebahagian dari cara bersuci ialah seperti berwuduk, beristinjak, bertayammum, membasuh dan mandi

PEMBAHAGIAN & JENIS BERSUCI
** BERSUCI DARI HADAS KECIL
Apabila berada dalam keadaan ini, kita dilarang dari mengerjakan solat sunat atau fardu, menyentuh atau membaca al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk atau bertayammum.











WUDUK (AIR SEMBAHYANG)
**  Niat di dalam hati seperti "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLAH Taala
**  Membasuh muka bermula dari tempat tumbuhnya rambut di sebelah ats sehinggalah dagu termasuk ke dua belah telinga
** Membasuh kedua belah tangan bermula  dari hujung jari sehinggalah ke siku
** Menyapu air ke kepala.
** Membasuh kaki hingga ke buku lali
** Tertib iaitu mendahulukan yang dahulu ( mengikut urutan rukun)

SUNAT SUNAT WUDUK
** Membaca Auzubillah dan Bismillah
** Mengadap kiblat
** Berkumur dan bersiwak ( menggosok gigi dengan jari atau kayu sugi)
** Membersihkan kedua belah tangan serta menggosok di celah celah jari
** Memasukkan air ke hidung kemudian mengeluarkannya semula
** Menyapukan air ke seluruh kepala
** Menyapu air pada ke dua belah telinga
** Mengulangi basuhan sebanyak 3X
** Berjimat dalam  menggunakan air dan tidak membazir
** Melebihkan basuhan pada setiap anggota
** Menggosok di celah celah janggut
** Menggosok gosok dengan jari pada setiap anggota basuhan
** Menggerak gerakkan cincin supaya air dapat memasuki di celahnya
** Berturut turut atau tidak berhenti lama kemudian menyambungnya
** Mendahulukan anggota kanan dari anggota kiri
** Membaca doa wuduk

MAKRUH WUDUK
** Bercakap dan berbual ketika mengambil wuduk
** Menggunakan air dengan terlalu banyak sehingga menyebabkan pembaziran
** Berwuduk dengan air panas seperti air yang terjemur pada sinaran cahaya matahari
** Berwuduk di tempat yang bernajis kerana di bimbangi najis tersebut akan terpercik pada pakaian
** Meminta bantuan dan pertolongan orang lain dengan tiada keuzuran.

BATAL WUDUK
** Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk dan gila
** Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
** Tidur yang tidak tetap tempat letak punggung seperti tidur melentang tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya dan ini adalah pendapat Imam Syafie
** Terkeluar sesuatu daripada dua saluran sama ada dari qubul atau dubur walaupun tidak berbau seperti terkentut
** Tersentuh kemaluan sendiri atau orang lain pada bahagian perut tapak tangan tanpa alas dan juga pada sekitar kawasan punggung. Tetapi jika tersentuh pada bahagian belakang tapak tangan, maka ianya tidak batal.

LARANGAN TIDAK BERWUDUK
** Mengerjakan solat
** Melakukan tawaf di kaabah
** Menyentuh dan membawa al Quran. Tetapi jika dalam keadaan terpaksa maka hukumnya harus demikian juga dengan kanak kanak yang sedang belajar Al Quran.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAYAMMUM
Pengertian tayammum menyapukan debu debu tanah ke muka dan juga pada kedua dua belah tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat. Tayammum dilakukan kerana menggantikan wuduk atau mandi sebagai suatu keringanan bagi mereka yang tidak dapat menggunakan air atas beberapa halangan.

SEBAB TAYAMMUM
1. Menderita sakit atau terlalu uzur
2. Kerana berada dalam musafir
3. Kerana ketiadaan air

RUKUN TAYAMMUM
1. Niat di dalam hati seperti " Sahaja aku bertayammum (sebagai menggantikan air) kerana Allah Taala.
2. Menyapu debu tanah ke muka
3. Menyapu debu tanah ditangan sampai ke siku
4. Tertib

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Menjumpai semula air
2. Melakukan perbuatan dan perkara yang membatalkan wuduk

SYARAT SAH TAYAMMUM
1. Telah masuknya waktu solat. Tayammum hanya sah untuk satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja
2. Telah diusahakan mencari air di merata tempat tetapi tetap tidak menjumpainya
3. Menggunakan debu tanah yang bersih
4. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBAHAGIAN & JENIS AIR


1. Air Mutlak
Sifatnya adalah suci dan boleh menyucikan benda lain. Air ini boleh diminum serta boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Contoh air mutlak air hujan, air laut, air perigi, air mata air, air salji, air sungai dan air embun

2. Air Muqayyat
Sifatnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain seperti air kopi, milo, teh, air kelapa dan sebagainya.

3. Air Muttannajis
Air yang suda terkena najis dan terdapat dua jenis iaitu Telah berubah salah satu dari sifatnya seperti warna, bau dan rasa (Tidak boleh digunakan)... Dan air bernajis tetapi tidak berubah sifat sifatnya dan melebihi dua kolah masih boleh digunakan...

4. Air Musyammas
Air yang berjemur di bawah matahri di dalam bekas selaindari bekas emas dan perak.  Makruh digunakan untuk badan tetapi tidak pada pakaian dan lain lain kegunaan.

5. Air Mustaghmal
Air yang telah digunakan untuk membersihkan benda lain dan sukatannya pula kurang dari dua kolah. Tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya seperti bau, rasa dan warna...


PEMBAHAGIAN NAJIS

Najis secara umumnya dibahagikan  kepada tiga jenis:-

** NAJIS MUKHAFFAFAH
Air kencing kanak kanak lelaki yang masih belum berumur 2 tahun yang tidak makan apa apa kecuali susu ibunya sahaja.
(Penyelesaian- Memadai dengan hanya merecikkan sahaja air ke atas najis tersebut hingga rata.

** NAJIS MUTAWASITTAH
Najis pertengahan iaitu selain daripada najis mukhafaffah dan mughallazah seperti
a) Darah
b) Nanah
c) Muntah
d) Tahi
e) Air Kencing
f) Wadi (air yang keluar daripada orang yang bekerja berat.
g) Bangkai
h) Mazi (air keluar daripada kemaluan lelaki mahupun wanita semasa naik syahwat
i) Cecair yang memabukkan
j) Susu dan mani binatang yang tidak halal dimakan
(Penyelesaian- Dicuci dengan air mutlak dengan syarat hilang warnanya/ baunya/ rasanya.

** NAJIS MUGHALAZZAH 
Najis berat iaitu najis babi dan anjing.Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua dua binatang tersebut seperti tahi, kencing, daging, kulit, dan sebagainya. Ini termasuk juga anak yang lahir daripada keduanya.
(Penyelesaian- Membasuh sebanyak 7 kali. Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah air yang dicampurkan dengan tanah. Sebelum itu hendaklah dihilangkan tiga perkara warna, bau dan rasanya.
























No comments:

Post a Comment