Thursday 8 December 2016

Alfafa Complex SHAKLEE

Alfafa adalah sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfafa telah digunakan oleh  manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya  dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang tidak terdapat pada buah buahan atau pun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyamai dengan nutrisi segelas susu.

Banyak manfaat yang akan diperolehi dalam pengambilan Alfafa yang konsisten

** Mencuci hati, darah dan usus- Alfafa sifatnya adalah alkali dan mampu membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid dengan menghilangkan toksin dari badan dan dapat mencantikkan kulit wajah.

** Melawan Alahan- Membantu keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

** Baik untuk usus dan perut- Membantu masalah penghadaman seperti kembung perut dan sembelit

** Menyingkirkan lemak dan kolesterol-  Penggunaan jangka panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfafa bersifat seperti span yang bertindak sebagai serat menyerap kolestrol.

** Melawan tumor- Memperbaiki sel sel kanser dan membuang tumor.

** Mencegah artritis

** Melegakan keletihan



ALFAFA SHAKLEE

Diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago Sativa)  secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja yang bebas kimia. Alfafa ini dikenali sebagai raja segala tumbuhan, memiliki gred paling tinggi di kalangan tumbuhan alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfafa Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan yang mutlak. Daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun daun ini dikeringkan dengan cahaya dan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak perlukan dihapuskan.  Kemudian daun yang telah dikeringkan  akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap penghasilan Tablet Alfafa ini adalah dalam kawalan yang ketat untuk menghasilkan Alfafa yang terbaik dan bebas dari segala bahan yang merbahaya.




Monday 5 December 2016

HEBATNYA SHAKLEE

Selama tempoh lebih 5 dekad, Syarikat SHAKLEE telaH menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.





Siapakah DR FORREST C. SHAKLEE????? Nama pun dah tahu kan... semestinya pengasas Shaklee. Pada tahun 1915, DR FORREST C SHAKLEE telah mencipta "VITALIZED MINERALS" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan SHAKLEE CORPORATION yang merupakan Syarikat Jualan Langsung pertama di dunia (pertama yerrrrr). Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor Industri Nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang mengamalkan penggunaan plastik dan bahan bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi dengan menggunakan bahan bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan Vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci bersifat Biodegradasi di dunia.

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, SHAKLEE melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang SHAKLEE serta jutaan ringgit dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan SHAKLEE.


'LEBIH BANYAK ANDA BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN, LEBIH TINGGI NILAI SAHAM ANDA, LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN, SEBAGAIMANA ANDA MAHU MEREKA LAKUKAN KEPADA DIRI ANDA"

Sunday 4 December 2016

HEBATNYA SUSTAINED RELEASE VITA C 500 MG

Tahukah anda bahawa manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri tetapi haiwan berupaya seperti seekor arnab  mampu menghasilkan Vitamin C sendiri iaitu 18,000 mg (18 g). Sikap Vitamin C adalah larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberikan kesan toksik.

Setiap hidangan buah buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang kurang. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.








MANFAAT VITAMIN C


  • Membentuk KOLAGEN- Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mengurangkan pembentukan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema dan demam.
  • Memerangi Kanser- Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T cells untuk melawan sel sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel sel kita.
  • Mencantikkan Kulit- Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia- Insomnia, stress atau keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat- Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.





Shaklee Vitamin C setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam)  mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.





BARLI SEJUKKAN BADAN

Cuaca yang panas sering kali membuatkan kita rasa tidak selesa bahkan ramai yang jatuh sakit akibat cuaca panas. Kekurangan cecair di dalam badan boleh mengakibatka tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.

Jadi ramai yang minumair sejuk untuk menyejukkan badan tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.

Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan percernaan..

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam daripada segi menghidratkan badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Oleh itu, disarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh anda sama ada di ambil dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam badan, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.

Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat, vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.