DARI DAPUR MAMA WAWA

CARA MEMBUAT PELITA (KUIH TAKO)

Bahan bahan
1. 1 BOTOL TEPUNG HOEN KWE (PUTIH ATAU HIJAU)
2. SANTAN 1200 ml (1.2 L)
3. AIR PANDAN 100 ml
4. JAGUNG CREAM DALAM TIN/ ATAU DURIAN DIBLENDER DENGAN SANTAN TADI
5. GULA MENGIKUT CITARASA
6. SECUBIT GARAM
7. BEKAS PANDAN ATAU TEMPAT YANG BERSESUAIAN
8. PEWARNA HIJAU

CARA-CARA:
** MASUKKAN TEPUNG HOEN KWE DAN AIR SANTAN DAN JUGA AIR PANDAN
** MASAK ATAS API SEDERHANA DAN GAUL.
** MASUKKAN GULA DAN KACAU LAGI HINGGA SEDIKIT PEKAT
** MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN (JAGUNG ATAU DURIAN)
** LETAKKAN PEWARNA MENGIKUT CITARASA DAN GARAM SEDIKIT

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.... JOM CUBA BUAT DAN ENAK DI MAKAN

Selain dari berniaga Shaklee saya sangat minat membuat kuih dan berjual kuih... Sebenarnya sebelum ni memang saya tak pandai sangat nak buat kuih... Tapi sejak berkantin 2007 saya tekad untuk membuat kuih dan belajar untuk membuatnya... Pada mula mulanya memang teruk sangat keadaannya kuih saya... Hinggakan saya pernah nangis kerana kegagalan membuat kuih seperti yang lain... Bila saya berjalan pagi dan membeli kuih untuk sarapan saya rasa cemburu sangat dengan kuih yang dibuat oleh orang lain... Saya fikir kenapa saya tak boleh adakah kerana saya tiada bakat ataupun keluarga saya tiada keturunan membuat kuih muih (hehehehehe....salahkan keturunan lah pula)... But now bukan saya cakap saya expert sangat tapi alhamdulillah saya mampu nak meringankan beban suami dengan menjual kuih sendiri dan mampu nak menuanaikan tempahan orang... Banyak pula nak bercakap saya ni... Hari ni kita akan belajar membuat donut yang sangat simple dan sangat menjimatkan tanpa menggunakan bahan bahan yang mahal dan mengarut... Hihihi... saya buat donut paling tidak suka menggunakan telur dan shortening... memang donut saya asli sangat dan kiranya sekarang juga kita boleh buat tanpa perlu ke kedai... Hihihi... Jom kita tengok cara membuat donut di mana dough ini boleh digunakan untuk membuat piang tausa... kuih sausage berlingkar dan kuih lingkar@chempiang...

BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 kg Tepung Gandum (Selalu guna tepung cap lili sangat best dan murah)
Minyak Makan 1 Cawan
Yis 11 Gram 2 Paket (Selalu Guna Mauripan/ Saf Instant)
Gula 6 Sudu Makan
Garam 1 Sudu Teh
Air Suam Secukupnya


1. Sebelum apa apa kembangkan yis + gula dengan air suam sedikit supaya ianya senang digaul
2. Dalam bekas lain gaul garam + tepung gandum
3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung.
4. Kemudian gaul dan masukkan minyak tadi hingga menjadi seperti serbuk roti...
5. Kemudian gaul dengan air suam hingga lembut dan tidak melekat di tangan...
6. Kembangkan dalm 15 minit kemudian gaul tepung lagi dan tutup lagi selama 15 minit. (Saya hanya gunakan talam sahaja untuk tutup besen adunan orang kampunglah katakan tak nak menyusahkan, gunakan saja alat yang tersedia di rumah)
7. Kemudian bolehlah dibentuk untuk membuat kuih yang diinginkan... Nak intikan dengan sambal udang, sambal bilis dan segala sambal pun boleh)
8. Kalu nak buat donut boleh gunakan cawan dan tutup botol mineral... Caranya ambik kayu penggelek dan canai tepung seperti tebal yang diinginkan kemudian terap cawan seberapa yang dapat dan kemudian buat lubang ditengah tengah dengan menggunakan tutup botol mineral tadi..
9. Jika tak faham nanti saya sertakan gambar sebab belum ada simpanan lagi... Hihihihi...
10. Cuma pesan yang paling penting adalah pastikan talam atau bekas yang digunakan ditabur dengan tepung agar mudah untuk mengambil doh nanti untuk digoreng...
10. Nak buat kuih lingkar boleh gunakan rempah 5 rasa kemudian campur kicap sedikit + gula + garam dan bawang putih sedikit... (Sapukan menggunakan sudu sahaja atas tepung yang telah dicanai dalam bentuk 4 segi kemudian gulung dan boleh lah dipotong... Cuma pastikan bila telah dipotong dan tekankan supaya nipis sedikit dan hasilnya cun untuk dimakan..
11. Setelah dalam 15-20 minit kembang bolehlah digoreng dan di makan... goreng dalam api yang sederhana... Nak frozenkan boleh juga untuk dimakan hari hari esok... Caranya goreng sebentar sahaja hingga warna kekuningan dan kemudian sejukkan sebelum paket ke dalam kontena ataupun di plastik..
12. Masukkan dalam freezer dan boleh digoreng bila ada tetamu ataupun rasanya kepingin nak makan diwaktu pagi ataupun petang...
13. Mudahkan kan nak pastikan ianya lembut atau tidak adalah sewaktu kita menguli adunan pastikan tepung benar benar sebati... In sha Allah semuanya lancar...







KARIPAP RAPUH DAN MUDAH LAGI SEDAP

SIAPA MACAM SAYA SUKA MAKAN KARIPAP.. PUTERI SAYA PUN SUKA MAKAN KARIPAP.... ENAK KAN MAKAN PANAS PANAS DENGAN HUJAN MENITIS DI LUAR.
DULU BELUM PANDAI BUAT KUIH SELALU BELI DI LUAR SAHAJA. BILA DAH PANDAI BUAT KUIH NI JARANG DAH BELI DI LUAR.. TAPI SELALU BELI KARIPAP DI LUAR.. TAK PUAS HATI SANGAT. SEBAB TAK RANGUP DAN RAPUH. INTI PUN TAK BANYAK. TUNGGU GIGITAN DUA TIGA KALI BARU DAPAT MERASA INTI.. KADANG KADANG JADI KARIPAP ANGIN... SEBAB TIADA INTINYA...

LAGI PULA BELI KARIPAP DI LUAR NI MAHALKAN SEKARANG ADA YANG SAMPAI RM1.00 TAPI KUALITI TIDAK SENILAI HARGA... JADI BILA KITA BUAT SENDIRI KITA PUAS HATI DAN PALING PENTING AIR TANGAN SENDIRI KAN.. PAHALA BILA SUAMI CAKAP SEDAPNYA SAYANG BUAT KUIH (HIHIHIHIHI)

BAIKLAH SAYA SUDA BERCAKAP TERLEBIH SUDA NI. MARI KITA LIHAT RESEPI MEMBUAT KARIPAP RAPUH NI..

BAHAN BAHAN DIPERLUKAN

BAHAN DOH
500 GRM TEPUNG GANDUM
SECUBIT GARAM
MARJERIN (SAYA GUNA PLANTA) 200 GRAM
AIR 80 ML (AIR PAIP JA TAK PERLU AIR SEJUK AIR BEKU)

BAHAN INTI KENTANG KARI
UBI KENTANG 4 BIJI
KARI DAGING BABA"S (TAK PEDAS DAN WANGI)
GARAM/GULA/ AJI
BAWANG UNTUK MENUMIS
UDANG KERING (TUMBUK KASAR ATAU PUN BLENDER KASAR)

CARA CARA..

1. KUPAS UBI KENTANG BERSIH BERSIH
2. POTONG DADU JANGAN HALUS SANGAT NANTI HANCUR DAN TAK SEMPAT NAK BUAT KARIPAP.
3. TUMIS BAWANG DAN MASUKKAN UDANG KERING (IN SHA ALLAH WANGI SEMERBAK)
4. MASUKKAN SERBUK KARI 3 SUDU MAKAN
5. KEMUDIAN TAMBAH AIR SEDIKIT DAN MASUKKAN GULA DALAM 1 SUDU MAKAN.
6. TUMIS HINGGA NAIK MINYAK.
7. MASUKKAN UBI KENTANG DAN TAMBAH AIR SEDIKIT
8. MASUKKAN GARAM DAN AJINAMOTO
9. TUNGGU HINGGA MASAK

BAHAN DOH
1. GAUL TEPUNG GANDUM DAN GARAM
2. MASUKKAN MARJERIN
3. GAUL HINGGA MENJADI SERBUK ROTI
4. MASUKKAN AIR DAN GAUL MENJADI DOH.
5. REHATKAN SEBENTAR DAN BOLEH DI CANAI HINGGA MENJADI KARIPAP
6. SAYA GUNA ACUAN YANG TELAH TERSEDIA.
7. GORENG API KECIL SAHAJA BAGI MENGELAKKAN KARIPAP MASAK DI LUAR TAPI LEMBIK DI DALAM.



















No comments:

Post a Comment