Sunday 4 December 2016

BARLI SEJUKKAN BADAN

Cuaca yang panas sering kali membuatkan kita rasa tidak selesa bahkan ramai yang jatuh sakit akibat cuaca panas. Kekurangan cecair di dalam badan boleh mengakibatka tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.

Jadi ramai yang minumair sejuk untuk menyejukkan badan tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.

Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan percernaan..

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam daripada segi menghidratkan badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Oleh itu, disarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh anda sama ada di ambil dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam badan, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.

Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat, vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.

No comments:

Post a Comment