Thursday, 24 April 2014

Jangkitan Salur Kencing

Jangkitan pada salur kencing!!!! Oh bahaya ni... Jom kita fahami tanda tanda sekiranya ada jangkitan pada salur kencing

** Kerap kencing
** Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
** Rasa hendak kencing walaupun tiada air kencing
** Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
** Kencing berdarah atau kencing berbau
** Demam sederhana
** Demam yang tinggi serta rasa sejuk dan menggigil
** Sakit di bahagian belakang pinggang

CARA KUMAN MEMASUKI PUNDI KENCING
** Pencemaran bakteria berlaku kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar
** Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin

。CARA CARA MENCEGAH......
* Bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda
* Keraplah minum air suam setiap hari
** Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali buang air...
** Tukar tuala wanita dengan kerap semasa datang haid
** Jangan guna seluar jenis nilon
** Jangan guna semburan pembersihan wanita Atau douche kerana produk boleh merengsakan uretra.
** Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air

Wednesday, 23 April 2014

JAUHI KEPUTIHAN!!!

Penyebab keputihan adalah disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai candida pada vagina. Keputihan ini boleh menyebabkan daerah kewanitaan berbau, mengeluarkan cairan berwarna putih kekuningan, gatal gatal dan pedih dan boleh membengkak apabila semakin teruk..
Sebenarnya kulat atau bakteria ini memang ada pada setiap wanita, namun ia terdapat dalam jumlah yang kecil sahaja terutama di daerah vagina, saluran percernaan dan kulit. Bagi wanita yang sihat serta mempunyai sistem imunisasi yang kuat, bakteria ini tidak mampu menyebabkan jangkitan. Namun jika sistem kekebalan tubuh lemak, ia lebih mudah untuk membiak dan berkembang sehingga menimbulkan penyakit.

Penyakit lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah diabetes, kehamilan, stress, penggunaan seluar dalam yang ketat sehingga menyebabkan kawasan sekitar bahagian intim lembap, serta bahan bahan kimia yang terdapat pada sabun atau detergen. Pun begitu anda tidak perlu bimbang kerana terdapat cara yang baik untuk mengatasi masalah keputihan yan sederhana

** Hindari daripada menggunakan cecair vagina. Cairan ini sebenarnya mengubah kadar keasidan semula jadi di kawasan vagina sehingga meningkatkan risiko jangkitan serta menimbulkan peradangan
** Hindari dari menggunakan pakaian atau seluar dalam yang ketat. Ini kerana ia boleh menghalang aliran udara. Sebaiknya gunakan pakaian yang dihasilkan dari kain kapas
**  Bersihkan daerah vagina dari satu arah saja depan ke belakang. Elak kuman dubur masuk kawasan vagina
** Biasakan diri untuk mengeringkan bahagian luar vagina menggunakan tisu atau tuala bersih setiap kali selepas buang air kecil atau besar
**  Elakkan daripada menggunakan pantyliner beraroma terus menerus seharian kerana ia boleh menyebabkan iritasi.
** Kurangkan minum dan makan makanan manis kerana ia boleh menggalakkan perkembangan kulat
** Makan bawang putih kerana bawang ia diyakini mengandungi zat anti kulat semulajadi
** Ambil susu atau yogurt kerana makanan ini mengandungi bakteria acidophilus yang membantu mengekalkan bakteria tetap seimbang..

Tuesday, 22 April 2014

CARA KAWAL KESELAMATAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Sekarang kita risau terutama ibu bapa dengan kes penculikan terutama di tempat awam seperti kawasan membeli belah, taman permainan dan sebagainya... Sebab itu langkah keselamatan mungkin perlu dipraktikkan untuk mengelak kita menyesal tak berkesudahan...

Pendidikan Keselamatan Diri
Ibu bapa perlu menekankan aspek keselamatan diri bermula dari rumah lagi selain mengharapkan pihak sekolah. Jika dari awal anak diberikan pendidikan keselamatan diri sejak awal maka si kecil dapat mengetahui apakah perkara yang mereka harus lakukan jika berlaku sesuatu kepada mereka.

Katakan Tidak Kepada Orang Yang Tidak Di kenali
Segelintir ibu bapa kadangkala tidak terlepas dari sikap cuai ketika berada di tempat awam, apatah lagi kawasan ramai orang. Mengawasi anak anak yang meningkat umur sememangnya amat sukar, malahan kanak kanak sukar diramal. Oleh itu ajari anak anak agar berkata tidak kepada orang yang tidak dikenalinya. Jangan sesekali menerima pelawaan individu yang asing bagi mereka.

Guna Pakaian Yang Terang
Sebelum keluar rumah, ibu bapa harus memastikan tujuan sebenar mereka. Sekiranya mahu ke tempat awam, pakaikan anak anda dengan pakaian berona terang agar anda dapat mengawasinya dengan baik. Pastikan anak anak berada di bawah pemerhatian anda dan tidak lari daripada pandangan.

Laporkan Kepada Orang Bertanggungjawab
Setiap kalu keluar rumah, ingatkan anak anak agar mereka mendapatkan pengawal keselamatan atau pihak polis sekiranya terpisah dengan anda atau tersesat. Jangan sesekali menakutkan anak anak dengan anggota polis, sebaliknya galak mereka meminta bantuan dengan anggota keselamatan terbabit. Pastikan anak tidak mempercayai orang yang tidak dikenali...

Membawa Kad Nama
Tidak semua kanak kanak mampu mengingati nombor telefon ibu, bapa. Oleh itu setiap kali keluar bekalkan kad nama anda lengkap bersama sama si comel. Jika berlaku sesuatu, pihak bertanggungjawab dapat menghubungi anda.

Memakai Gelang Khas
Dalam kesibukan membeli belah pasti membuat ayah dan ibu terlepas pandang tingkah lakunya... Digalakkan memasang abah abah atau gelang khas berserta nombor telefon anda agar pihak berkuasa dapat menghubungi.

Ramadhan Buat Kanak Kanak

Ramadhan tak lama lagi akan menjelma semula... Ramadhan lebih meriah dengan kehadiran kanak kanak dalam riuh berbuka puasa... Namun sejauh mana kita sebagai ibu dan bapa prihatin terhadap kecenderungan kanak kanak untuk puasa terutama kesukaran bangun ketika sahur... Berikut antara tips berguna untuk ajak anak bangun sahur

DEDAHKAN AKTIVITI SAHUR SEJAK AWAL
** Kanak kanak seharusnya didedahkan dengan persekitaran bangun sahur sama ada menerusi perbualan harian, mahu pun bahan bacaan atau tontonan rancangan televisyen yang memaparkan keseronokan bangun sahur.

SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN MEREKA
** Selain daripada golongan dewasa yang mempunyai makanan kegemaran, kanak kanak pun begitu. Oleh itu hidangkan makanan kesukaannya setiap kali bangun sahur. Paling menggembirakan hati mereka apabila anda cuba berbincang dengan mereka apakah menu untuk keesokan harinya sebelum masuk tidur.

GUNAKAN PERKATAAN YANG LEMBUT
** Sesungguhnya anak anak gemar dipujuk. Oleh itu setiap kali kejutkan mereka untuk bangun bersahur, anda harus menggunakan perkataan dan panggilan nama yang sesuai. Sebagai contoh " Bangunlah si manja mama, anak ibu rajin dan hebat sangat sebab rajin bersahur"

MAINKAN LAGU MOTIVASI
**  Seperti yang diketahui, lagu mampu memberi kekuatan luar biasa jika kena caranya. Oleh itu apa kata anda memainkan muzik atau lagu dengan nada kekuatan yang bersesuaian ketika mengejutkan mereka terutama lagu yang mereka suka.

HIAS INDAH KAMAR SI COMEL
** Di samping itu antara usaha usaha lain yang dapat ibu dan bapa lakukan dalam menggalakkan kanak kanak mudah bangun sahur, ibu bapa boleh menghias kamar tidur anak dengan kelainan susun atur kerana ia boleh memberi suasana dan motivasi baru buat mereka terutama untuk bersahur.

Panduan mengejutkan anak bangun sahur
* Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan lahan
* Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil namanya
* Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
* Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
* Tutup kipas atau penghawa dingin.

Monday, 21 April 2014

APAKAH ITU SEMBELIT????

Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan membuang air besar, menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (simptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa atau kentut).

** Biasanya perempuan, anak kecil, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap mengalami sembelit
** Bagi kanak kanak ia adalah masalah biasa tapi hanya sementara

TANDA TANDA GEJALA SEMBELIT
** Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
** Kejang perut
** Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah merahan. Ada kesan kotoran najis pada seluar kanak kanak.

Adalah penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang dihadapi. Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.

CARA MENCEGAH SEMBELIT
** Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi
** Senaman secara tetap dan berkala
** Melatih tabiat membuang air besar setiap hari
**  Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah buahan, sayuran hijau dan bijirin) dan cecair di dalam pemakanan harian kanak kanak
** Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah cukup penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi. Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat doktor.

Sunday, 20 April 2014

BAHAGIAN INTIM MAHKOTA WANITA

Meskipun sentiasa terlindung pada pandangan namun penjagaan bahan intim wanita sangat perlu dilakukan. Ia bagi mengelakkan diri terkena jangkitan penyakit yang sering menyerang bahagian ini. Ia juga mudah menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa, iritasi dan jangkitan kuman memandangkan bahagian alat kelamin ini cenderung lembap. Tip sihat merawat dan memelihara bahagian intim agat kekal bersih dan sihat

1) Cegah Keadaan Lembap
Bersihkan vagina sebersih bersihnya setiap kali selesai membuang air kecil mahupun besar dari arah depan ke belakang. Elakkan membersihkan dari belakang ke depan kerana vagina berisiko untuk terkena jangkitan bakteria. Selesai membersihkan vagina, keringkan dengan tisu atau tuala sehingga betul betul kering.

2) Ganti Seluar Dalam Minimum Dua Kali Sehari
Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada bahan yang mudah menyerap peluh. Elakkan mengenakan seluar dalam yang terlalu ketat kerana ia akan menekan otot vagina dan menjadikan ia lembap di kawasan sekitarnya. Hindari juga menggunakan seluar jeans yang terlalu ketat di kawasan kelangkang.

3) Berhati hati Menggunakan Tandas Awam
Sebaiknya hindari menggunakan air dari takungan baldi atau kolam. Ini kerana melalui penyelidikan diketahui terdapat sejenis bakteria Candida Albicans yang menjadi penyebab keputihan dan rasa gatal di vagina terutama di tandas awam. Lebih baik menggunakan terus air yang keluar dari paip.

4) Ketika Menggantikan Panty Liner atau Tuala Wanita
Bersihkan vagina di bahagian luar dengan air bersih dan sabun terlebih dahulu sebelum menggantikan tuala wanita atau pun panty liner.

5) Gunakan Pembersih Wanita Yang Khusus
Elakkan dari menggunakan pembersih wanita secara rutin terutama apabila ia mengandungi bahan kimia. Ini kerana penggunaan kerap pembersih wanita akan mengganggu keseimbangan serta membunuh bakteria baik di dalam vagina. Ini seterusnya akan menyebabkan tumbuhnya kulat yang boleh mengakibatkan rasa gatal dan iritasi di bahagian tersebut.

6) Rebusan Daun Sirih
Kandungan zat antiseptik di dalamnya membuat air rebusan daun sirih menjadi pilihan tepat bagi membersihkan vagina (luar dan dalam) serta menjaganya agar kekal bersih...

Oh Tidak!!!! Jerawat!!!!!

Jerawat adalah masalah utama yang sering berlaku kepada wanita.. Pelbagai versi mengenai punca berlakunya jerawat. Tidak kurang yang mengatakan makanan seperti coklat dan kacang punca kepada tumbuhnya jerawat. Padahal, jerawat berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, kulit wajah yang kotor. Bakteria yang terperangkap menyebabkan berlakunya jerawat.

Untuk mengurangkan kemerahan radang pada jerawat, ambil ais batu dan tekapkan pada jerawat tadi lebih kurang 30 saat. .. Gunakan pencuci wajah yang sesuai boleh membantu menanggalkan kotoran kotoran serta sel kulit mati bagi memastikan liang liang roma tetap bersih.. Hindari memakai bedak kerana ia akan menyebabkan lebih banyak bakteria terperangkap di dalam kulit wajah sekali gus menyebabkan timbulnya jerawat... Hati hati dengan jerawat jangan pandang remeh...