Wednesday 5 April 2017

KANDUNGANKU RAHMATMU

Pengalaman pertama menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang usia bagi seorang wanita. Dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nurfatihah Syuhada melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri.

Lahir dalam keadaan Pra Matang iaitu tidak cukup bulan menjadikan saya antara ibu ibu yang mendapat perhatian Doktor dan juga pelatih pelatih kejururawatan dan kebidanan. Pada malam sebelum Check Up saya merasakan ada air mengalir pada kemaluan tapi tiada kontraksi yang saya rasakan sepanjang malam.

Pada hari esok bertemu doktor, doktor mengatakan yang saya perlu diberanakkan secara paksa iaitu dengan memasukkan ubat kerana air ketuban sudah kurang tapi tidak pecah dan juga saya menghidap Darah Tinggi dalam kehamilan (saya lambat ditemukan dengan Shaklee). Ya Allah terkejut rasanya sebab belum bersedia apa apa. Tapi memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan saya bersetuju.

Pengalaman melahirkan adalah terlalu manis bagi saya. Ada tangisan kegembiraan, ketakutan dan juga kesakitan di dalam wad bersalin. Tapi semua dengan kuasa Tuhan saya berjaya melahirkan bayi berusia 8 bulan dengan berat 2.01 kg. Alhamdulillah bayi sempurna.

Saya hanya berjumpa bayi sebentar sahaja. Bayi di masukkan ke dalam NICU kerana kurang oksigen. Saya berkampung di hospital selama seminggu kerana bayi tidak mahu menyusu. Mungkin kerana masih menyangka berada di dalam rahim. Jadi bayi kurang aktif.


Sesungguhnya Allah sahaja tahu bagaimana rasa melahirkan dan terlalu indah kenangan itu. Apa yang ku gendong dalam rahimku adalah atas rahmatMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.



2 comments:

  1. tersentuhnya hati saya sis.....doakan saya juga mampu untuk mempunyai zuriat...saya juga anak prematured ketika kecil...mudah2an jd anak yang solehah inshaAllah Aamiin

    ReplyDelete
  2. Syukur semua ok jugak kan kak. Semoga membesar jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat 😊

    ReplyDelete