Saturday 15 February 2014

HALALKAH PRODUK SHAKLEE???

Pagi semua... Hari ahad yang indah... Mesti ramai pergi tamu kan... Selamat berhujung minggu... Halalkah Produk Shaklee ni yang satu Malaysia dah ribut tentang kehebatan produk ini... Hinggakan digunakan di sesetangah klinik swasta... Produk terbaik nombor satu di USA ni... Memang hebat sangat kerana dah lama bertapak di dunia... Tetapi terfikir kah kita selamat dan halal kah produk SHAKLEE ini...  Kalu halal mana cop JAKIM nya... Tiada pun dan kenapa pada setiap botol Supplement tiada logo halal... Ok sebelum saya mengulas panjang lebar... Kita perlu mengenali dan mengetahui apa kah itu takrif halal dari sisi agama Islam...

Halal (Menurut Portal Rasmi Halal Malaysia (http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. 
Namun kenapa kah ISA yang mengeluarkan sijil halal kenapa bukan JAKIM... Sebenarnya Islam itu indah kerana seluruh dunia Islam itu bertapak... Makanya terdapat beberapa badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan sesuai dengan pasaran ISLAM Malaysia... Jakim hanya mengeluarkan status halal bagi produk yang dikilangkan an dihasilkan di MALYSIA  sahaja... Jom jenguk portal JAKIM http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf... Cari kat sana USA pensijilan oleh ISLAMIC SERVICE OF AMERICA... Jadi kita tak payah ragu ragu... In sha ALLAH... Cuma sekarang kenapa kat setiap botol SUPPLEMENT SHAKLEE tak ada tanda halal ISA... Ha... Jadi HALALKAH Produk SHAKLEE???? Sebenarnya Shaklee adalah sejenis Supplement... Dan halal tidak perlu bagi setiap botol cuma kelulusan KKM diperlukan bagi setiap botol bagi mengelakkan produk tiruan dihasilkan... Dan hanya satu Sijil akan dikeluarkan untuk semua barang Pharmaseutikal iaitu yang berbentuk supplement... Jadi jika sekiranya membeli PROSUK SUPPLEMENT sila rujuk pengedar masing masing... Jadi jangan ragu In Sha Allah SHAKLEE supplement yang mampu dimiliki dan digunakan oleh semua golongan dan agama...


No comments:

Post a Comment